empty
 
 
Soalan lazim

Adakah anda mempunyai sebarang soalan?

Kami ada jawapannya. Kami membangunkan bahagian ini khusus untuk soalan yang paling kerap ditanya tentang program afiliasi, syarat dagangan, sistem PAMM, pendaftaran, pengesahan dan isu-isu lain yang berkaitan.
Terma dan syarat-syarat perdagangan
Kenapa InstaForex menggunakan 10000 lot dan bukannya standard 100000?

Syarikat InstaForex memberikan peluang kepada para pelangganya untuk berdagang di dalam pasaran Forex dengan menggunakan tiga jenis akaun sekaligus: Mikro Forex, Mini Forex, Standard Forex. Dalam usaha untuk menjadikan teknologi ini sesuatu yang relevan, lot 10000 bukan standard telah diperkenalkan, yang menjadikan harga pip bersamaan dengan $ 0.01 dalam perdagangan 0.01 lot, minimum. Ia membolehkan $ 5,000 - $ 10,000 pemegang akaun dagangan untuk mengawal risiko mereka dengan lebih efektif. Pada masa yang sama, saiz lot 10,000 menjadikan pengiraan harga pip lebih mudah.

Sila rujuk maklumat di bawah:
0.01 lot tawaran InstaForex = $ 0.01 harga pip
0.1 lot tawaran InstaForex = $ 0.1 harga pip
1 lot tawaran InstaForex = $ 1 harga pip
10 lot tawaran InstaForex = $ 10 harga pip
100 lot tawaran InstaForex = $ 100 harga pip
1000 lot tawaran InstaForex = $ 1000 harga pip

Pengiraan yang mudah dan kemungkinan untuk menggabungkan ketiga-tiga tahap perdagangan Forex ke dalam satu akaun dagangan InstaForex dengan memberikan perlbagai kelebihan yang tidak dapat dinafikan untuk syarat dagangan InstaForex.


Apakah yang dimaksudkan dengan leverage?

Leverage adalah nisbah jumlah margin dengan jumlah yang dipinjam: 1:100, 1:200, 1:1000. 1:100 yang bermaksud, untuk membuka perdagangan, anda perlu mempunyai jumlah 100 kali lebih kecil daripada jumlah perdagangan. Dengan Syarikat InstaForex, anda boleh memilih leverage dari 1:1 hingga 1:1000.


Mengapa saya tidak boleh melihat kesemua simbol yang terdapat di tetingkap Market Watch?

Jumlah simbol yang anda lihat telah ditetapkan di tetapan platform anda. Sekiranya anda ingin menambah senarai sebut harga, sila klik kanan pada tetingkap Market Watch dan pilih "Papar semua simbol".


Adakah anda menaikkan spread sewaktu pengumuman berita?

InstaForex tidak menaikkan spread sewaktu siaran berita. Setiap pedagang yakin bahawa terma dan syarat-syarat perdagangan akan kekal stabil walaupun ketika pengumuman berita.


Bolehkah saya menggunakan Pakar Penasihat? Adakah saya akan dikenakan sebarang sekatan?

Tiada sebarang sekatan dikenakan untuk penggunaan pakar penasihat.


Adakah mungkin seseorang pedagang itu berhutang wang dengan pihak syarikat?

Tidak, ia adalah mustahil. Jika seseorang pedagang itu mengalami kerugian besar dan melebihi daripada jumlah dana di dalam akaun dagangan, syarikat mesti melindungi kerugian kepada 0.


Adakah terdapat perbezaan diantara akaun demo dan akaun nyata?

Tiada perbezaan pada syarat perdagangan dan instrumen perdagangan. Perdagangan akaun demo adalah sama dengan akaun nyata, kecuali ketiadaan pilihan deposit dan pengeluaran bagi akaun demo.


Berapakan jumlah deposit minimum?

Jumlah deposit minimum adalah $ 1, dan ia membolehkan anda untuk membuka perdagangan pada mana-mana instrumen.


Mengapa pasangan mata wang EUR / GBP dan EUR / CHF mempunyai spread terapung?

Spread yang berubah-ubah adalah kaedah yang biasa digunakan oleh broker antarabangsa terbesar. Kaedah itu digunakan untuk beberapa instrumen perdagangan, termasuk EUR / GBP dan EUR / CHF. Spread adalah ganjaran broker untuk transaksi, ditentukan oleh keadaan pasaran di mana syarikat itu beroperasi. Oleh kerana peningkatan spread daripada rakan niaga dan turun naik yang rendah, spread dipindahkan kepada keadaan berubah-ubah. Maklumat mengenai semua instrumen di mana spread berubah-ubah yang digunakan boleh didapati di halaman spesifikasi.


Bagaimana untuk mengira jumlah margin perdagangan?

Jumlah margin adalah bersamaan dengan jumlah perdagangan yang dibahagikan dengan leverage. Jumlah perdagangan adalah bersamaan dengan 10 000 Dolar AS dan didarab dengan jumlah lot dan dengan kadar pertukaran mata wang asas dalam pasangan USD. Mata wang asas adalah mata wang pertama pada pasangan mata wang. Sebagai contoh, bagi pasangan EUR/USD mata wang asasnya adalah EUR (selepas itu, kadar pertukaran perdagangan kepada Dolar Amerika Syarikat adalah EURUSD), dalam USDCAD - USD (kadar pertukaran perdagangan kepada Dolar AS adalah bersamaan 1, kerana USD/USD = 1), dan bagi pasangan mata wang GBPJPY - mata wang asas adalah GBP (kadar pertukaran perdagangan kepada Dolar Amerika Syarikat adalah sama dengan kadar pertukaran GBP/USD atau kadar pertukaran GBPUSD). Oleh itu, apabila kadar pertukaran GBPUSD bersamaan dengan 1.4956 dalam 2 lot perdagangan dengan leverage 1: 100, margin akan menjadi 10 000 * 2 * GBPUSD/100 = 299.12 USD. Untuk perdagangan 3.5 lot pada pasangan mata wang USDJPY dengan leverage 1: 1000, margin adalah bersamaan dengan 10 000 * 3.5 * 1/1000 = 35 USD.

Untuk kemudahan pelanggan kami, kami telah menambah Kalkulator Forex di laman web kami.

Di manakah saya boleh mendapatkan Bonus Selamat Datang?
Adakah anda ada menawarkan akaun perdagangan mikro dan mini?

Ya, kami ada menawarkan akaun perdagangan mikro dan mini. Walau bagaimanapun, perdagangan akaun InstaForex dilaksanakan dengan lot mikro dan mini. Ini bermakna bahawa anda boleh berdagang dengan 0.01 lot, yang mana ia adalah bersamaan dengan akaun mikro.


Bagaimana untuk saya menukar leverage saya?

Anda boleh menukar leverage anda di bahagian Kabinet Pelanggan. Sekiranya anda gagal untuk menukar leberage anda di kabinet pelanggan, sila hantarkan e-mel ke clients@instaforex.com atau support@instaforex.com dengan maklumat berikut: nombor akaun dagangan, kata laluan telefon dan leverage yang anda mahukan. Anda juga boleh menghubungi Khidmat Sokongan Pelanggan kami melalui Ruang Sembang langsung, Skype beserta dengan maklumat seperti yang dinyatakan di atas.


Saya terlupa kata laluan pedagang atau PIN kod (atau saya ingin menukar kata laluan pedagang saya atau PIN kod). Apa yang perlu saya lakukan?

Kata laluan pedagang boleh ditukar di bahagian Kabinet Pelanggan atau dalam tetapan platform MetaTrader.

Anda juga boleh menukar kata laluan pedagang itu dengan menghantarkan permohonan kepada khidmat Sokongan Pelanggan beserta dengan maklumat yang berikut: nombor akaun, kata laluan telefon dan kata laluan pedagang baru (huruf Latin, dari 6 hingga 12 simbol).

Jika anda terlupa atau kehilangan kata laluan telefon, sila hubungi Khidmat Pelanggan kami melalui e-mel support@instaforex.com atau clients@instaforex.com, sila lampirkan bersama salinan imbasan ID, lesen memandu dan nyatakan situasi pemberian semula nombor akaun. Kata laluan telefon akan diperolehi semula atau diubah mengikut kepada budi bicara anda.

Untuk mendapatkan semula/menukar PIN kod, anda perlu menghantarkan e-mel kepada clients@instaforex.com atau support@instaforex.com beserta dengan lampiran maklumat berikut: nombor akaun perdagangan, kod PIN (nombor atau angka dan huruf) dan salinan imbasan ID/lesen memandu.


Bolehkah saya membuka beberapa akaun dagangan dibawah satu nama?

Ya, anda boleh berbuat sedemikian. Tiada sebarang sekatan dikenakan ke atas bilangan akaun nyata dan demo di bawah satu nama.


Adakah benar bahawa saya boleh berdagang hanya maksimum 8 lot di dalam MetaTrader?

Tidak, anda boleh memasukkan jumlah lot yang anda mahukan (sehingga 10000).


Tidak boleh bertanya sekarang?
Tanya soalan anda di Ruangan bersembang.