empty
 
 
Soalan lazim

Adakah anda mempunyai sebarang soalan?

Kami ada jawapannya. Kami membangunkan bahagian ini khusus untuk soalan yang paling kerap ditanya tentang program afiliasi, syarat dagangan, sistem PAMM, pendaftaran, pengesahan dan isu-isu lain yang berkaitan.
Soalan mengenai pengesahan akaun
Apa itu pengesahan?

Pengesahan adalah mengesahkan data peribadi yang ditentukan semasa mendaftar akaun. Terdapat dua peringkat pengesahan. Identiti pemegang akaun akan disahkan pada pengesahan peringkat pertama. Sementara data mengenai alamat tempat tinggal pula akan disahkan pada pengesahan peringkat kedua.


Apakah tujuan pengesahan akaun?

Pengesahan diperlukan untuk tujuan pendepositan/pengeluaran dana dari akaun dagangan dan juga untuk menerima bonus.


Di mana saya boleh mengesahkan akaun saya?

Anda boleh mengesahkan akaun di Kawasan Pelanggan jika anda pergi ke bahagian Pengesahan dan memilih Mengesahkan Akaun. Anda juga boleh melakukannya di aplikasi mudah alih InstaVerify kami untukAndroid (terdapat di Google Play)/iOS (terdapat di App Store).


Bagaimana saya ingin mengetahui dokumen pengesahan telah dimuat naik?

Setelah muat naik berjaya, anda akan melihat status di Mengesahkan Akaun halaman yang mengatakan bahawa dokumen berjaya dimuat naik dan menunggu persetujuan. Di samping itu, anda akan mendapat e-mel untuk mengesahkan dokumen anda yang telah dimuat naik. Sebaik sahaja permohonan anda diproses, status di Kawasan Pelanggan anda akan berubah dan anda akan mendapat e-mel pengesahan. Sekiranya dokumen tersebut dimuat naik melalui aplikasi mudah alih, anda boleh mengesan status pengesahan melalui InstaVerify untuk Android/iOS atau dengan bantuan pemberitahuan .


Berapa lama masa yang diambil untuk pengesahan akaun?

Pengesahan akaun kebiasaannya mengambil masa dalam tempoh 24 jam. Dalam beberapa kes, pengesahan akaun mungkin akan mengambil masa yang lebih lama.


Adakah pengesahan akaun wajib dilakukan?

Pengesahan akaun tidak wajib. Namun, pengesahan akaun diperlukan untuk pendepositan/pengeluaran dana dan juga untuk menerima bonus.


Bolehkah urusan pendepositan/pengeluaran dana dibuat dari akaun yang belum disahkan?

Ya, boleh kecuali untuk urusan pendepositan/pengeluaran melalui kad kredit dan pindahan bank.


Apakah dokumen yang diperlukan untuk pengesahan akaun?

Pasport atau kad pengenalan diperlukan untuk anda lulus pengesahan peringkat pertama, sementara bil utiliti atau penyata bank diperlukan untuk melepasi pengesahan peringkat kedua. Senarai dokumen yang diperlukan untuk peringkat pengesahan tertentu dipaparkan di laman web rasmi syarikat di Bahagian Pedagang -> Pengesahan akaun dagangan.


Berapakah ukuran fail minimum/maksimum yang diperlukan untuk tujuan pengesahan akaun?
Resolusi minimum ialah 400 piksel. Saiz maksimum fail ialah 25 MB.


Saya mendapat e-mel yang menyatakan dokumen untuk pengesahan saya telah ditolak. Apa yang patut saya lakukan?

Sila ikuti garis panduan di Kawasan Pelanggan,Aplikasi mudah alih InstaVerify untukAndroid/iOS atau dalam e-mel yang anda terima semasa permohonan anda diproses. Sebagai alternatif, anda boleh menghantar e-mel kepada kami di verification@mail.instaforex.com, menentukan nombor akaun anda, kata kod dan memberikan penerangan terperinci mengenai masalah ini.


Semasa memuat naik dokumen, berlaku ralat/tidak ada apa yang berlaku. Apakah yang perlu saya lakukan?

Anda harus memeriksa saiz, format, dan resolusi fail. Harap maklum bahawa format yang boleh diterima adalah: .png, .jpeg, .jpg, .gif, dan .pdf. Resolusi minimum ialah 400 piksel dan ukuran maksimum fail adalah 25 MB. Sekiranya anda memuat naik beberapa fail sekaligus, pastikan ukuran keseluruhan fail tidak melebihi 25 MB. Menukar penyemak imbas boleh menyelesaikan masalah ini.


I have opened a new trading account. Should I verify every account separately?

Apabila anda membuka akaun dagangan baru, pengesahan boleh dibuat secara automatik. Anda hanya perlu mendaftar masuk ke Bahagian Pelanggan anda dari akaun yang disahkan, pilih Tetapan Akaun/Pengurusan Akaun, dan lampirkan akaun baru. Semua data peribadi akaun yang dipautkan mestilah tepat, termasuk tanda baca.


Adakah pengesahan peringkat ketiga diperlukan?

Pengesahan peringkat ketiga diperlukan untuk mengeluarkan keuntungan dari beberapa jenis bonus. Sekiranya anda memerlukan pengesahan peringkat ketiga, pemberitahuan akan muncul di halaman pengeluaran. Jika tidak, pengesahan peringkat ketiga tidak diperlukan.


Apakah dokumen yang harus dimuat untuk pengesahan peringkat ketiga?

Untuk melepasi pengesahan peringkat ketiga, anda perlu memuat naik gambar selfie dengan dokumen di tangan anda. Wajah pemegang akaun dan keseluruhan dokumen mesti kelihatan dengan jelas dalam gambar selfie. Maklumat dalam dokumen juga dapat dilihat dengan jelas. Dokumen di tangan anda mestilah dokumen yang diterima pada pengesahan peringkat pertama.


Tidak boleh bertanya sekarang?
Tanya soalan anda di Ruangan bersembang.