empty
 
 

Berita InstaForex

24.06.2022: Ancaman kemelesetan hantui saham global (DXY, USD/JPY, AUD/USD)

loader
Pandangan
Hai semua, selamat kembali!
Pasaran saham Asia mendapat inspirasi dari keyakinan di Wall Street. Kebanyakan Indeks utama Wall Street semalam ditutup dengan kenaikan. Namun begitu ia masih belum menghilangkan kebimbangan terhadap risiko kemelesetan ekonomi. Tunjang utama dagangan ialah penilaian yang saksama dan visi pasaran. Apakah sebenarnya yang mempengaruhi sentimen pasaran? Dan bagaimanakah ia memberi kesan kepada dagangan Asia? Mari bincangkan lebih lanjut dalam ulasan video hari ini!

Pasaran sedang mencerna komen dari Pengerusi Fed di Kongres, yang menimbulkan teka-teki sama ada kenaikan kadar agresif boleh menyebabkan kemelesetan di Amerika Syarikat. Berdasarkan pembelian yang kukuh semalam, pelabur telah memperoleh semula keyakinan dan mengenepikan ancaman kemelesetan.

Indeks dolar AS melonjak ke paras tertinggi pada 105.5 namun kemudiannya merosot. Indeks kehilangan hampir 1 mata dalam tempoh 6 jam. Pada masa ini, indeks didagangkan disekitar paras 104.37. Dapat diperhatikan, enam pesaing utama yang lain turut lemah. Sokongan utama untuk dolar AS, ialah hasil Perbendaharaan semalaman merosot ke paras terendah dalam tempoh dua minggu. Ancaman kemelesetan telah mendorong hasil perbendaharaan merosot. Indeks dolar AS turut didagangkan dalam kawasan merah. Saluran harga untuk sesi Asia dilihat diantara paras 104.18 dan 104.51.

Apa yang menarik, dolar AS menyusut nilai berbanding yen Jepun yang merupakan mata wang paling lemah dalam bakul saingan. Pasangan dolar/yen didagangkan pada sekitar 134.77 dalam sesi Asia. Penjualan besar-besaran mendorong dolar AS turun 0.1%. Yen mendapat manfaat daripada kejatuhan hasil Perbendaharaan AS. Di tengah-tengah hasil sifar dalam bon kerajaan Jepun, yen sangat sensitif terhadap sebarang perubahan dalam dinamik Perbendaharaan. Dalam dagangan Asia, yen menegaskan kekuatan berbanding dolar, dan bergerak daripada paras rintangan 135.23 kepada paras sokongan 134.33.

Keyakinan pelabur terhadap yen dilemahkan oleh khabar angin tentang kemungkinan campur tangan forex oleh Bank of Japan. Terdapat sebab yang kukuh untuk itu.
Laporan inflasi mendedahkan hari ini bahawa data CPI melebihi paras sasaran bank pusat pada bulan Mei. Perlu diperhatikan, data CPI sebenar tidak sepadan dengan jangkaan pihak pengawal selia untuk dua bulan berturut-turut. Ini bermakna pertumbuhan berterusan harga pengguna tidak bersifat sementara. Memandangkan kenaikan harga komoditi global memberi tekanan kepada ekonomi Jepun yang rapuh, senario penarikan balik rangsangan oleh Bank of Japan semakin relevan. Penganalisis meramalkan penurunan pembetulan pasangan dolar/yen ke paras 133.5 dalam jangka pendek.

Seterusnya dolar AS mendapat sokongan daripada kegelisahan pasaran dan keraguan pelabur terhadap kecekapan bank pusat utama untuk menangani inflasi global. Oleh itu, pelabur masih tertarik dengan greenback yang merupakan matawang safe heaven. Ia turut mengukuh berbanding rakan dagangannya dari Australia. Pasangan AUD/USD didagangkan berhampiran paras 0.6895 dalam sesi Asia. Walaupun dolar AS berkembang di tengah-tengah Rizab Persekutuan yang hawkish, aussie yang terdedah kepada pelbagai risiko pada ketika ini melanjutkan kelemahannya. Pasangan mata wang itu didagangkan turun naik. Saluran harian untuk pasangan matawang itu ialah diantara paras 0.6887 dan 0.6920.

Dalam keterangan pengerusi Fed semalam, Jerome Powell sekali lagi mengesahkan komitmen bank pusat itu untuk memerangi inflasi. Oleh itu, ini adalah masa yang sesuai untuk optimisme kembali ke dalam pasaran, walaupun tanda-tanda kemelesetan semakin jelas. Ikuti perkembangan dalam pasaran kewangan di saluran InstaForexTV! Jangan lupa untuk meninggalkan maklum balas anda di ruang komen! Jumpa lagi minggu hadapan.
#pasaransaham #kemelesetanekonomi #ekonomidunia #ekonomiasia

00:00 Intro
00:56 USDX
01:44 USD/JPY
03:24 AUD/USD

#usd_raja matawang
#janet yallen
#kadarinflasi #inflasisifar
#kadarfaedah
#mesyuaratECB

#Christinelagarde
#mesyuaratECB #bankdunia
#mesyuaratpolisi #dasarmonetari


FX Analisis: https://www.ifxtrading.com/ms/forex_analytics
Kalender Forex: https://www.ifxtrading.com/ms/forex_calendar
Berita Forex: https://www.ifxtrading.com/ms/instaforex_tv

Carta Forex: https://www.ifxtrading.com/ms/charts
Buka akaun dagangan: https://www.ifxtrading.com/ms/fast_open_live_account
Peraduan InstaForex: https://www.ifxtrading.com/ms/forex_contests

Blog korporat:
https://www.facebook.com/malaysia.instaforex
https://twitter.com/InstaForex_ms
https://plus.google.com/u/0/108992007110283236440

#forex_news # asian_session #instaforex_tv
← Kembali ke senarai video

Wawancara TV InstaForex

Wawancara TV InstaForex

Berita TV InstaForex

Berita TV InstaForex

Ulasan Pasaran TV

Ulasan Pasaran TV

Peristiwa TV InstaForex

Peristiwa TV InstaForex

Tidak boleh bertanya sekarang?
Tanya soalan anda di Ruangan bersembang.