empty
 
 

Berita InstaForex

29.06.2022: Sentimen pengguna berubah muram(DXY, USD/JPY, AUD/USD)

loader
Pandangan
Semasa pelabur menilai semula keuntungan dan risiko, perbelanjaan pengguna mencetuskan kebimbangan mengenai inflasi yang melambung tinggi. Menurut tinjauan CB yang diterbitkan semalam, indeks keyakinan pengguna AS merosot pada bulan Jun ke paras terendah dalam tempoh 16 bulan. Skor sebelumnya untuk bulan Mei telah diturunkan kepada 103.2 daripada data kilat 106.4. Penunjuk sentimen pengguna menjunam kepada 98.7 pada bulan Jun. Angka ini menandakan ancaman mengenai kemelesetan. Semalam, beberapa penggubal dasar Fed menyokong kenaikan kadar yang lebih agresif. Pada masa yang sama, wakil pegawai Fed menafikan kebimbangan pasaran bahawa pengetatan monetari yang agresif akan menyebabkan kemelesetan ekonomi. Pasaran saham bertindak balas terhadap kenyataan itu dan berlaku kejatuhan mendadak.

Selain itu, jangkaan inflasi pengguna tahunan meningkat kepada 8% pada bulan Jun daripada 7.5% yang disemak semula pada bulan Mei. Sejurus selepas indeks keyakinan pengguna CB dikeluarkan, pasaran saham serta-merta berada di bawah tekanan penjualan, namun apa yang menarik pasaran mata wang membuat peningkatan. Posisi dolar AS adalah bergantung kepada jangkaan pengetatan monetari oleh Fed. Semalam kenyataan yang bernada hawkish telah dikeluarkan oleh Presiden Bank Rizab Persekutuan San Francisco dan New York.
Oleh itu, dolar AS meningkat berbanding mata wang pesaing yang lain. Indeks dolar merosot ke paras 103 di tengah-tengah penurunan dalam hasil Perbendaharaan AS. Kini ia mengukuh sekitar paras 104 dengan kecenderungan kenaikan harga. Julat harian indeks dilihat diantara 104.36 dan 104.70. Penganalisis meramalkan beberapa penurunan dalam dolar berdasarkan keadaan semasa. Namun begitu, prospek kekal menaik sehingga Fed Amerika Syarikat melengkapkan kitaran pengetatan monetarinya.

Pertumbuhan dalam indeks dolar AS adalah hasil daripada kelemahan euro. Hari ini dolar AS berada pada tahap defensif kerana hasil Perbendaharaan 10 tahun merosot. Selain itu, ancaman kemelesetan boleh memberi jaminan kepada pelabur untuk mengalihkan tumpuan ke arah aset selamat yang lain, seperti matawang yen. Hari ini mata wang Jepun menegaskan kekuatan di sebalik sentimen sedemikian dan hasil kejatuhan dalam Perbendaharaan. Pada hari Rabu, yen meningkat kepada 136.21 berbanding dolar AS. Julat urusniaga harian untuk pasangan matawang itu adalah diantara paras sokongan 135.76 dan paras rintangan 136.28.

Sentimen negatif dalam pasaran saham memastikan daya tahan matawang yen terhadap dolar AS. Yen semakin kukuh walaupun terdapat perbezaan besar diantara dasar monetari Fed AS dan Bank of Japan. Tidak seperti negara lain, Jepun tidak terjejas oleh inflasi global yang tinggi. Namun begitu, ketidaktentuan global memberi tekanan kepada ekonomi Jepun. Menurut data yang dikeluarkan hari ini, indeks keyakinan pengguna Jepun merosot ke paras terendah dalam tempoh 18 bulan pada bulan Jun seperti yang berlaku di Amerika Syarikat. Indeks menjunam ke paras 32.1 daripada paras tertinggi 3 bulan pada 34.1 pada bulan Mei.

Ketika pengguna dan pelabur memikirkan mengenai risiko kemelesetan akibat kenaikan kadar oleh bank-bank pusat utama, dolar Australia didagangkan dalam kawasan merah. Matawang aussie terdedah kepada beberapa risiko, dan dijangka merosot dalam pasaran saham pada dagangan Asia-Pasifik. Pertumbuhan dalam niaga hadapan bahan mentah menghalang dolar Australia daripada terus lemah. Kejatuhan aussie tidak dapat disokong oleh keluaran berita dari China apabila Beijing telah menarik beberapa sekatan COVID . Berita positif itu, tidak mencukupi untuk pertumbuhan matawang aussie berbanding dolar AS. Pasangan AUD/USD didagangkan lebih rendah sedikit dalam julat harga diantara 0.6876 dan 0.6922.

#yenjepun #matawangusd
#federalreserve


#pasaransaham #kemelesetanekonomi #ekonomidunia #ekonomiasia

00:00 Intro
01:27 USDX
02:48 USD/JPY
04:26 AUD/USD

#usd_raja matawang
#janet yallen
#kadarinflasi #inflasisifar
#kadarfaedah
#mesyuaratECB

#Christinelagarde
#mesyuaratECB #bankdunia
#mesyuaratpolisi #dasarmonetari


FX Analisis: https://www.ifxtrading.com/ms/forex_analytics
Kalender Forex: https://www.ifxtrading.com/ms/forex_calendar
Berita Forex: https://www.ifxtrading.com/ms/instaforex_tv

Carta Forex: https://www.ifxtrading.com/ms/charts
Buka akaun dagangan: https://www.ifxtrading.com/ms/fast_open_live_account
Peraduan InstaForex: https://www.ifxtrading.com/ms/forex_contests

Blog korporat:
https://www.facebook.com/malaysia.instaforex
https://twitter.com/InstaForex_ms
https://plus.google.com/u/0/108992007110283236440

#forex_news # asian_session #instaforex_tv
← Kembali ke senarai video

Berita TV InstaForex

Berita TV InstaForex

Geografi dengan InstaForex

Geografi dengan InstaForex

Ulasan Pasaran TV

Ulasan Pasaran TV

Kalendar TV InstaForex

Kalendar TV InstaForex

Tidak boleh bertanya sekarang?
Tanya soalan anda di Ruangan bersembang.